icon-search
icon-search

DSC_004-1.jpgMengenai Kami

Jawi Streetwear diasaskan pada Januari 2020 oleh seorang Pereka Grafik, Shahril Fadzlyn bersama rakannya, Ahmad Najid. Idea ini tercetus dari keinginan kami untuk memartabatkan tulisan Jawi dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup masyarakat khususnya rakyat Malaysia.

Jawi Streetwear adalah jenama pakaian tempatan berkonsepkan "urban heritage streetwear", di mana jenama ini mengkhususkan seni tulisan Jawi pada rekaan pakaian terkini untuk kelihatan “unique, stylish & trendy” sesuai mengikut peredaran zaman.

Jenama kami hanya tertumpu pada pengeluaran pakaian berkualiti premium serta rekaan yang unik bagi mengangkat nilai tulisan Jawi.

Tulisan Jawi bukan hanya untuk rakyat beragama Islam sahaja, tetapi Tulisan Jawi adalah untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Oleh itu, kami amat menitikberatkan rekaan pakaian jenama kami supaya sesuai untuk semua bangsa & agama. 

Matlamat kami adalah untuk menjadikan tulisan Jawi dan jenama Jawi Streetwear terkenal di serata dunia serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. 

Ayuh bersama kami dalam usaha memartabatkan serta mengkomersialkan tulisan jawi. 

" تككن جاوي هيلڠ د دنيا "

"Takkan Jawi Hilang Di Dunia"


Artboard 21Disebalik Logo

Rekaan logo Jawi Streetwear diinspirasikan oleh "Batu Bersurat Terengganu", dimana ia merupakan penemuan tulisan jawi yang pertama di Malaysia.

Batu Bersurat tersebut dianggarkan berusia lebih 700 tahun dan memiliki nilai sejarah yang tinggi. Oleh sebab itu, ia telah disimpan dengan baik disebuah muzium kerana ia adalah peninggalan sejarah dan warisan kebangsaan negara kita.

Penggunaan nama "Jawi Streetwear" pula mencerminkan matlamat kami untuk memartabatkan tulisan jawi melalui rekaan pakaian yang unik, premium dan eksklusif. Dalam masa yang sama, kami ingin menjadikan jenama ini sebaris dengan jenama antarabangsa serta menjadi trend dalam kalangan golongan muda tidak kira bangsa dan agama.

Bukan sahaja kami, malah anda juga pasti merasa bangga apabila melihat pakaian bertulisan jawi dipakai oleh golongan muda di serata dunia. 


DSC_0077Sejarah Tulisan Jawi

Tulisan Jawi terdiri daripada huruf-huruf Arab dan beberapa huruf Jawi dalam penulisan Bahasa Melayu.

Tulisan ini wujud di Kepulauan Melayu sejak sekitar tahun 1300 M dan ia menjadi antara tulisan utama di Tanah Nusantara suatu ketika dahulu.

Mengikut sejarah, tulisan Jawi muncul selepas kedatangan orang Arab dan proses Islamisasi di Tanah Melayu.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.

Malah, surat Raja-Raja Melayu kepada pemerintah luar seperti England, Portugal dan Perancis juga ditulis dalam tulisan Jawi.

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang paling hebat di Tanah Nusantara suatu ketika dahulu, namun selepas dari penjajahan negara-negara Barat dan Akta Bahasa Kebangsaaan yang diwartakan pada tahun 1963 yang mengisytiharkan tulisan Rumi sebagai tulisan Rasmi negara, telah mengurangkan pengaruh tulisan Jawi di Malaysia.

Dikhabarkan juga, tulisan Jawi berkemungkinan akan pupus di masa akan datang.


Powered by Froala Editor

Your cart is currently empty.
Continue shopping